Tumpuan :
Nasional

LUAS kesan kekeruhan air di muka sauk LRA Batang Kali

HULU SELANGOR: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan kekeruhan air di muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Batang Kali, di sini hari ini.

Menerusi kenyataan di laman Facebook, LUAS memaklumkan, bacaan kekeruhan itu sehingga 1920 NTU.

“Namun, situasi semasa didapati kekeruhan ini hanya membabitkan kawasan tadahan sekitar LRA Batang Kali.

“LUAS akan terus membuat pemerhatian di tapak bagi mengenal pasti risiko aliran kekeruhan ini untuk memastikan tiada kesan kepada loji rawatan air lain di hilir,” katanya.

Loading...
Terkini