![](https://media.buletintv3.my/2023/12/Tf9HG3Hx-BTV3-WORK-1.jpg)
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sekuat 6.0 pada skala Richter melanda luar Pantai Barat Utara Sumatera, Indonesia pada jam 1.19 petang tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 19 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 323 km barat dari Simeulue.
Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.