comscore
Tumpuan :
Nasional

LTAK dipenuhi penumpang terkandas

KUCHING: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) hari ini sesak apabila ratusan penumpang terkandas mula melakukan semakan jadual penerbangan sejak awal pagi tadi.

Ini berikutan semua penerbangan dari Sarawak ke Kuala Lumpur dibatalkan susulan letusan Gunung Ruang, Indonesia.

Ramai penumpang mengeluh kerana ada yang datang dari jauh antaranya Sri Aman, Balai Ringin dan Betong.

Sebanyak lapan penerbangan MAS dari Sarawak ke Kuala Lumpur dibatalkan sejak pagi tadi.

Ia membabitkan penerbangan MAS dari Kuching, Miri dan Bintulu.

AirAsia pula membatalkan 16 penerbangan dengan semua penumpang terjejas boleh membuat perubahan sekali kepada mana-mana tarikh perjalanan baharu dalam tempoh 30 hari dari tarikh berlepas asal pada laluan yang sama tanpa kos tambahan, tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk.

Gunung Ruang yang terletak di pulau Ruang, kira-kira 100 kilometer dari ibu kota wilayah Manado, meletus sejak semalam.

Letusan gunung berapi itu susulan gempa bumi baru-baru ini mencetuskan keadaan berbahaya kerana mengeluarkan asap panas.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini