JOHOR BAHRU: Lima pegawai Jabatan Imigresen cedera ringan selepas kenderaan yang mereka naiki dirempuh sebuah lori di Jalan Pintas Permas Jaya menghala Bakar Batu, dekat sini, kira-kira jam 1.15 tengah hari tadi.
Kemalangan membabitkan 10 individu dalam lima kenderaan iaitu sebuah lori, sebuah pacuan empat roda, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan dua kereta.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berpunca dari pemandu lori yang gagal mengawal kenderaan yang dipercayai mempunyai masalah brek dan merempuh lima kenderaan lain.
“Lima pegawai Imigresen cedera ringan, seorang tidak cedera manakala empat lagi pemandu dan penumpang kenderaan lain selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.