Oleh: Fazli Ahmad
MARAN: Dua pemandu terbunuh selepas dua lori bertembung di kilometer 67, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur, dekat Kampung Luit, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Mohamad Zamri Mohamad Zaber berkata, pemandu lori terbunuh dalam nahas itu ialah Ismanizam Zulkanain Azmi, 22, dan Nik Mohamad Zainudin M. Baki, 38, kedua-duanya berasal dari Kuantan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku kira-kira jam 12:30 tengah hari ketika lori dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur dipandu Ismanizam Zulkanain, dipercayai terbabas dan hilang kawalan selepas melalui laluan selekoh.
Katanya. akibat kejadian itu, lori terbabit bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan dipandu Nik Mohamad Zainudin.
“Akibat kemalangan itu dua pemandu lori meminggal dunia di tempat kejadian,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.
Zamri berkata, ketika kejadian, salah sebuah lori sarat muatan sawit dan sebuah lori lagi tidak membawa sebarang muatan.
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Jengka untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.