comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Lori bawa muatan ais batu rempuh treler, dua maut

Kemalangan yang membabitkan lori dan treler di Kilometer 402.7 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) awal pagi ini. – FOTO: Ihsan Bomba

HULU SELANGOR: Dua lelaki maut selepas lori yang mereka naiki merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 402.7 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 4.13 pagi.

Beliau berkata, sepasukan 10 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa dikejarkan ke tempat kejadian.

Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 402.7 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). – FOTO: Ihsan Bomba

“Menurut laporan awal, kemalangan membabitkan sebuah treler Scania yang dilanggar dari belakang oleh sebuah lori Isuzu yang membawa muatan ais batu.

Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 402.7 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). – Foto ihsan Bomba

“Dua lelaki berusia 30-an yang menaiki lori itu masing-masing tersepit di bahagian pemandu dan kelindan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Morni berkata, identiti kedua-dua mangsa bagaimanapun masih belum dikenal pasti.

Menurutnya, anggota bertugas ketika ini sedang menjalankan kerja-kerja mengeluarkan pemandu dan kelindan lori terbabit.

Loading...
Terkini