Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Lonjakan kes COVID-19 tidak gambarkan situasi cemas

KLANG: Kes baharu COVID-19 yang meningkat ketika ini tidak menggambarkan sebarang situasi cemas setakat ini, ia berikutan penggunaan kemudahan kesihatan termasuk kemasukan ke unit rawatan rapi ICU masih terkawal.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, rakyat tidak seharusnya panik dengan laporan peningkatan mendadak kes baharu COVID-19, sebaliknya mengambil sikap untuk terus mematuhi prosedur operasi standard SOP bagi mengelak dijangkiti.

Foto hiasan

“Kita melihat kepada tiga, empat faktor ini. Pertama jumlah kes, kedua jumlah kematian, ketiga jumlah kemasukan ke ICU dan keempat, sejauh mana beban fasiliti termasuk penggunaan katil di hospital”

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Konvensyen Nasional Amanah 2023 di Klang hari ini.

Tambahnya Kementerian Kesihatan akan terus memantau sistem amaran awal HAS dan bukti-bukti saintifik lain bagi menentukan sebarang tindakan serta langkah baru, jika perlu.

Ujar Datuk Seri Dr Dzukefly pihaknya tidak akan membuat sebarang tindakan emosi dan terburu-buru dalam mengambil sebarang langkah kawalan termasuk syor untuk menguatkuasa sebarang sekatan serta pemakaian wajib pelitup muka.

Bagaimanapun katanya rakyat disyorkan untuk kembali kepada norma pembudayaan SOP yang diamalkan sebelum ini.

Loading...
Terkini