Tumpuan :
Nasional

Lokasi nahas pesawat dibuka semula

Anggota Bomba dan Penyelamat melakukan proses pembersihan di persiaran Elmina berdekatan Lebuhraya Guthrie – Foto: NSTP

 

Oleh: Izzatie Rizan

SHAH ALAM: Lokasi nahas membabitkan pesawat ringan Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina disini, petang semalam kembali dibuka kepada lalu lintas selepas operasi pembersihan serpihan pesawat selesai jam 3 petang tadi.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Shah Alam, Samsol Maarif Saibani sebentar tadi.

Artikel berkaitan: Ayah beri dua keping gambar sama dan suruh saya simpan sebagai kenangan – Sharul Izuan

“Kerja-kerja pembersihan telah dilaksana pihak bomba dan pihak polis memberi kebenaran kepada orang awam untuk melalui jalan ini.

Bagaimanapun beliau berkata, pihak polis akan meneruskan kawalan terhadap sisa bangkai pesawat yang masih berada di lokasi sehingga siasatan selesai.

“Masih ada bangkai pesawat dan kereta itu sebagai bahan bukti Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) yang akan melakukan siasatan pada hari Isnin nanti.

“Bermula hari ini, selepas kita ‘stand down’, pihak polis akan membuat kawalan di bangkai pesawat 24 jam sehingga siasatan selesai.” ujarnya.

Dalam nahas ngeri jam 2.40 petang semalam itu, 10 individu disahkan meninggal dunia dengan lapan daripadanya adalah juruterbang dan penumpang pesawat ringan tersebut.

Dua lagi mangsa adalah seorang pemandu dan penunggang e-hailing yang ketika nahas melalui lokasi kejadian.

Ketika kejadian pesawat malang itu dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang.

ENDS.

 

 

 

Loading...
Terkini