comscore
Tumpuan :
Nasional

Logo tapak kasut didakwa mirip kalimah Allah, JAKIM panggil pihak berkaitan esok 

Foto tular

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah diarah memanggil pihak berkaitan logo kasut yang didakwa seakan-akan mirip kalimah Allah, esok untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, merujuk kepada logo kasut yang tular di media sosial itu, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekiranya jelas membuat tindakan yang menghina agama Islam.

“Semua pihak dipohon untuk bertenang dan memberikan ruang kepada JAKIM dan pihak berkuasa untuk melakukan siasatan terhadap dakwaan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan boleh menyalurkan ia kepada pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Terdahulu, tular foto yang memaparkan logo kasut keluaran syarikat tempatan yang didakwa seakan-akan mirip kalimah Allah dan ia mengundang pelbagai reaksi warga maya.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini