BANGI: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan lebuh raya di seluruh negara mulai sesak bermula malam ini.
Ketua Pusat Pengurusan Trafik LLM, Ir. Syed Mohd Faizal Said Ahmad berkata, dijangka kenderaan akan mulai masuk lebuh raya utama selepas waktu berbuka.
Peningkatan kenderaan ini juga dijangka berterusan sehingga esok pagi susulan pemberian tol percuma dan orang ramai mulai bercuti.
“LLM buat semakan dan jangkakan laluan timur, utara selatan sesak selepas waktu berbuka. Maka LLM nasihatkan semua pengguna agar rancang perjalanan ke destinasi masing,” katanya kepada TV3 hari ini.
Ujarnya LLM akan beroperasi selama 24 jam dan pengguna lebuh raya boleh mendapatkan maklumat terkini menerusi Hotline Info Trafik: 1800-88-7752 atau twitter di @LLMinfotrafik.