Tumpuan :
Nasional

LKIM jamin bekalan ikan mencukupi menjelang Tahun Baharu Cina

Foto hiasan

PARIT BUNTAR: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi jaminan bekalan ikan menjelang Tahun Baharu Cina mencukupi bagi menampung keperluan pengguna di negara ini.

Pengerusi, Muhammad Faiz Fadzil berkata, Persatuan Nelayan kawasan ketika ini mempunyai bekalan stok ikan sejuk beku sebanyak 1,600 tan.

“Ini (bekalan ikan sejuk beku) tidak termasuk dengan bekalan ikan import dan ikan yang ditangkap oleh nelayan.

“Kita (LKIM) telah membuat persiapan rapi sebagai persediaan menghadapi musim perayaan. Insya-Allah dengan bekalan ikan yang cukup, harga (ikan di pasaran) akan distabilkan,” katanya.

Muhammad Faiz ditemui media selepas menyampaikan bantuan peralatan persekolahan kepada 150 anak nelayan di Tanjung Piandang.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program MADANI Anak Nelayan Kembali ke Sekolah LKIM-Petronas yang turut dihadiri Pengarah LKIM Perak, Eries Azwan Deraman di Dewan Pejabat Daerah dan Tanah Tanjung Piandang di sini hari ini.

Sementara itu, LKIM menambah kuota subsidi diesel satu juta liter kepada nelayan bot kelas B dan C di Perak bermula bulan depan bagi memastikan bekalan ikan mencukupi menjelang musim perayaan tahun ini.

Muhammad Faiz berkata Perak dipilih untuk menerima tambahan tambahan subsidi diesel bernilai RM 1.65 juta berikutan negeri ini mempunyai vesel paling banyak selain mempunyai hasil tangkapan paling tinggi berbanding negeri lain di Semenanjung.

Pada program hari ini, seramai 130 anak-anak nelayan menerima kelengkapan persekolahan seperti pakaian, kasut, beg sekolah dan botol air bernilai RM150 serta bantuan wang tunai sebanyak RM50 setiap seorang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini