comscore
Tumpuan :
Nasional

[LIPUTAN LANGSUNG] Penamaan calon PRN enam negeri

Pilihan Raya Negeri (PRN) yang melibatkan enam negeri bermula hari ini dengan 173 pusat penamaan calon akan dibuka bermula 9 pagi ini.

Selain 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan di enam negeri itu, turut diadakan ialah Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu setelah kerusi berkenaan diisytihar kosong berikutan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun membatalkan kemenangan Datuk Ahmad Amzad Hashim daripada PAS pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


Artikel berkaitan: PRK Kuala Terengganu: Tiada kerusi menang tanpa bertanding – SPR


Artikel berkaitan: Marah pegawai, minta kembali wang deposit selepas pencalonan ditolak

Tan Lay Tho mempertikaikan apabila pencalonannya ditolak. Foto: NSTP

1.06 petang: Pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung calon bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023.




 



 



12.25 tengah hari: Baddrol Bakhtiar dan Firdaus bertemu dalam saingan satu lawan satu di DUN Gurun.

Foto: NSTP



 



11.10 pagi: Tok Mat berdepan saingan 2 penjuru di Rantau.

Mohamad akan bersaing dengan calon Perikatan Nasional (PN) Rozmal Malakan dari PAS.

 




10.52 pagi: Pegawai Pengurus Pilihan Raya N.17 Gombak Setia, Mohd Hasrulhisham Abdullah mengumumkan senarai calon yang bertanding selepas proses penamaan di Dewan Mutiara Bestari, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu.

Pertandingan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Bebas menyaksikan Datuk Megat Zulkarnain Omardin (BN)  ditentang penyandang kerusi Muhammad Hilman Idham (PN) dan calon Bebas, Mohamed Salim Mohamed Ali.


10.46 pagi: DUN Padang Kota menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow (PH) dengan calon PN, H’ng Khoon Leng.



10.30 pagi: Perkembangan terkini Hari Penamaan Calon di Pulau Pinang.


10.25 pagi: Pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung calon bertanding bagi DUN dalam Parlimen Alor Setar.


10.20 pagi: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menasihati parti politik supaya bertanding secara sihat dan harmoni.

Fahmi menasihati supaya pihak yang berkempen tidak menyentuh isu sensitif khususnya 3R (raja, kaum dan agama).


10.15 pagi: Penyokong Parti MUDA yang bertanding bagi N21 Pandan Indah, Lisa Redzuan (enam kanan) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor di Dewan MPAJ Pandan Indah.

Foto: NSTP


10.05 pagi: Penyokong PN memprovokasi penyokong dari PH dan BN, mengejek mereka dengan laungan “Hoi hoi ya hoi” yang merupakan lirik daripada lagu ‘Aduh Malaysia’ oleh Altimet.

Lirik itu sinonim dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana Perdana Menteri menggunakannya sepanjang kempennya semasa PRU-15.

Tindakan PN itu mencetuskan ketegangan dengan penyokong PH-BN, dan mengakibatkan jerit-menjerit antara kedua-dua kumpulan.

Pegawai dari SPR memberi amaran kepada penyokong supaya tidak menimbulkan provokasi antara satu sama lain.


10.00 pagi: Semua 173 pusat penamaan calon bagi PRN di enam negeri dan PRK Parlimen Kuala Terengganu ditutup





9.40 pagi: Perkembangan Terkini Penamaan Calon di DUN Alor Mengkudu.



 




9.25 pagi: Calon PN di DUN Kuala Telemung, Zawawi Ismail, menyerahkan borang pencalonan di Pusat Sivik Kuala Telemong, kira-kira jam 9.25 pagi.

Foto: NSTP

9.25 pagi: Calon N20 Lembah Jaya Pakatan Harapan, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet tiba diiringi perarakan sambil melaungkan reformasi.

Foto: NSTP

9.17 pagi: Anggota polis turut dibantu penguatkuasa MPS mengawal kumpulan penyokong parti PH BN dan PN yang bertembung di Jalan Persiaran 3, Selayang bagi penamaan calon N13 Kuang, N14 Rawang dan N15 Taman Templer.


9.15 pagi: Presiden GERAKAN, Dominic Lau dan penyandang DUN Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz dari AMANAH mendaftarkan diri sebagai calon.

Foto: NSTP

9.15 pagi: Calon PAS N19 Ru Rendang, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (tengah) tiba di Pusat Penamaan Calon di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Marang, hari ini.

Foto: NSTP

9.13 pagi: Peyandang kerusi N.24 DUN Jeneri, Datuk Seri Sanusi Md. Nor tiba di pusat penamaan calon pada jam 9:13 pagi.

Foto: NSTP



9.06 pagi: Calon Pakatan Harapan (PH) dari Amanah N19 Ru Rendang, Suhaimi Sulaiman (tengah) tiba pada hari Penamaan Calon sempena Pilihanraya Kecil Negeri (PRN) di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Marang pagi ini.


9.05 pagi: Calon PN Mohd Rafiq Mohd Abdullah (N13) R. Rajean Kumar (N14) dan Zaidy Abdul Talib (N15) masuk ke pusat penamaan calon.

9.05 pagi: Calon Bebas DUN Tendong, Datuk Seri Suzainal Adnan Sukri tiba di pusat penamaan calon di Kolej Vokasional Pasir Mas sambil diiringi pelakon, Fauzi Nawawi.

Foto: NSTP


9.00 pagi: Calon N13 Kuang, Datuk Hasnal Rezua Merican Habib Merican (BN), N14 Rawang, Chua Wei Kiat (PH) dan N15 Taman Templer, Anfaal Saari (PH) masuk ke pusat penamaan calon di MPS sebaik dibuka jam 9 pagi.


8.52 pagi: Calon parti gabungan kerajaan perpaduan di 3 DUN sepakat berarak bersama

Foto: NSTP

8.50 pagi: Calon PN DUN Gurun, Baddrol Bakhtiar (tengah) menyerahkan borang pencalonan di Dewan Lestari Guar Chempedak jam 8.50 pagi sempena PRN 2023.

Foto: NSTP

 


8.46 pagi: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sg Tua, Datuk Seri Amirudin Shari dan Calon DUN Gombak Setia, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berarak ke Pusat Penamaan Calon bagi DUN Sg Tua dan DUN Gombak Setia.

Foto: NSTP



8.42 pagi: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib ( dua kanan) hadir memberi sokongan kepada bakal calon Kerajaan Perpaduan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kasim ( tiga kiri ) dan kerusi DUN Hulu Bernam ,Mohd Amran Sakir (tiga kanan) di perkarangan Pejabat UMNO Bahagian Hulu Selangor dekat Kuala Kubu Bharu, pagi ini.

Foto: NSTP

8.40 pagi: Calon Perikatan Nasional bagi N.40 Kota Anggerik, Mohamed Sukri Omar dan calon N.42 Batu Tiga, Rina Harun tiba di Dewan Besar Tanjung MBSA, Seksyen 19 Shah Alam bagi menyerahkan borang pencalonan ketika majlis Penamaan Calon Dun Kota Anggerik dan Dun Batu Tiga sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 Selangor.

Foto: NSTP

8.40 pagi: Calon MUDA bagi DUN Taman Templer, Aida Nazeera Abd Rahman tiba di perkarangan Pusat Penamaan Calon di Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bersama sekumpulan kecil penyokongnya kira-kira jam 8.40 pagi.

Foto: NSTP


8.19 pagi: Anggota polis membuat sekatan di jalan utama untuk memastikan kelancaran hari penamaan calon DUN Tendong, Meranti dan Pengkalan Pasir bagi PRN di Sekolah Vokasional Pasir Mas.

Foto: NSTP

8.15 pagi: Perkembangan Terkini Hari Penamaan Calon di Terengganu bagi PRN 2023.

8.15 pagi: Calon bagi DUN Sungai Tua, Datuk Seri Amirudin Shari tiba jam 7.55 pagi di Himpunan Perpaduan Gombak sebelum berarak ke ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Sekolah Menengah Sungai Pusu, Gombak jam 8.15 pagi.

Foto : NSTP

8.14 pagi: Bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin menyertai perarakan dan menunaikan solat hajat tiga calon Pas bagi Pilihan raya Negeri (PRN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melor, Kadok dan Kok Lanas di Pusat penamaan calon di Majlis Daerah Ketereh- Bandaraya Islam (MDK-BRI) yang tiba jam 8.14 pagi.

Foto: NSTP

8.10 pagi: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir mengiringi calon Perikatan Nasional berarak menuju ke Pusat Penamaan Calon bagi Parlimen Gombak di Dewan SMK Sungai Pusu, Gombak.

Foto: NSTP

7.55 pagi: Perkembangan Terkini Hari Penamaan Calon PRN 2023 | 29 Julai 2023

 

Artikel berkaitan: PRN 2023: Beberapa laluan utama ditutup sementara pastikan kelancaran hari penamaan calon

Artikel berkaitan: PRN bermula secara rasmi dengan penamaan calon jam 9 pagi

Loading...
Terkini