comscore
Tumpuan :
Nasional

Lima rumah terbakar, seorang lelaki nyaris maut

Oleh: Kumaran Rajamoney

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki nyaris maut dalam kebakaran yang memusnahkan lima rumah di Taman Sri Impian, di sini awal pagi tadi.

 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Ismail Mohd Zain memaklumkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.49 pagi.

“Anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian katanya mendapati empat buah rumah kelas A terlibat dalam kejadian kebakaran, dan usaha pemadaman dilakukan.

“Usaha pemadaman di bahagian hadapan dilakukan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, manakala usaha pemadaman bahagian belakang dilakukan BBP Amanjaya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam kebakaran itu, seorang lelaki mengalami sesak nafas dan mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim.

Tambahnya, empat  rumah terbakar lebih 90 peratus, manakala sebuah lagi rumah terbakar 30 peratus.

Kejadian turut mengakibatkan tiga motosikal musnah.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

Loading...
Terkini