comscore
Tumpuan :
Nasional

Lima rakyat Malaysia mangsa sindiket Myanmar, hadapi tuduhan ceroboh Thailand

ADUN Teruntum, Sim Chon Siang (dua dari kiri) bersama sebahagian enam orang rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket pemerdagangan manusia di Myawaddy, Myammar ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, pada Disember lalu. – Foto: NSTP

KUANTAN: Lima rakyat negara ini yang diselamatkan daripada sindiket pemerdagangan manusia di Myawaddy, Myanmar, akan didakwa Mahkamah Thailand kerana memasuki negara itu tanpa kebenaran.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia, Sim Chon Siang yang membantu menyelamatkan mangsa terbabit.

Chon Siang berkata, lima mangsa berusia di antara 19 hingga 33 tahun termasuk seorang gadis itu, kini berada di Bangkok, Thailand dan akan dibawa pulang selepas selesai proses dokumentasi.

“Saya akan bertolak ke Thailand esok (Isnin) dan pada Selasa saya akan membawa balik mereka ke tanah air.

“Selepas selesai proses pendakwaan di mahkamah Thailand, kita akan menguruskan pasport sementara untuk mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program edaran lokam sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Rumah Kanak-kanak Sultanah Hajah Kalsom, dekat Penor, di sini, hari ini

Sebelum ini, Chon Siang memaklumkan lebih 40 warga Malaysia yang menjadi mangsa kekejaman sindiket pemerdagangan manusia masih terperangkap di Myawaddy, Myanmar.

Jelasnya, angka itu direkodkan berdasarkan aduan daripada mangsa yang meminta untuk diselamatkan.

“Dalam tempoh hampir dua minggu tahun ini, saya menerima 40 aduan supaya menyelamat mereka daripada terus menjadi mangsa sindiket.

“Jadi, kita akan berusaha mendapat maklumat lanjut sebelum usaha menghubungi waris dilakukan bagi membolehkan laporan polis dibuat terhadap kehilangan anak mereka,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum.

Loading...
Terkini