Oleh: Ing Boon Seng
PETALING JAYA: Lima lelaki yang dipercayai ada kaitan dengan Global Ikhwan Services dan Business Holding, (GISBH) direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
Kesemua suspek berusia antara 30 hingga 41 tahun itu ditahan di Bukit Kayu Hitam, Kedah semalam dikatakan dalam perjalanan ke negara jiran.
BACA TERKINI KLIK: 19 individu termasuk pemimpin utama GISBH ditahan
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Buletin TV3 mengesahkan kesemua suspek direman di Mahkamah Majistret Shah Alam pagi tadi.
Perintah reman dibenarkan mahkamah sehingga 25 September depan.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran, ATIPSOM 2022.
Semalam lima lelaki berkenaan ditahan sepasukan polis ketika cuba keluar dari sempadan negara di Bukit Kayu Hitam.
Salah seorang yang ditahan adalah anak kepada pemimpin GISBH.
Polis turut merampas dua kenderaan ‘motorhome’ dan sebuah kereta.
Kesemua mereka kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Deerah Kubang Pasu untuk tindakan lanjut.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.