comscore
Tumpuan :
Nasional

Lima kenderaan dihempap pokok tumbang di Genting Highlands

FOTO: Ihsan BBP Genting Highlands

BENTONG: Lima buah kenderaan dihempap pokok tumbang dalam kejadian berlaku di belakang bangunan Hotel Seri Malaysia, Genting Highlands pada jam 5.23 petang ini.

Penguasa Kanan Bomba (Bahagian Operasi) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, hujan lebat berlaku disusuli dengan angin kuat mengakibatkan pokok tumbang dan menghempap lima buah kenderaan yang diletakkan di tempat parkir kenderaan.

“Seramai empat anggota Bomba dan Penyelamat (BBP) Genting Highlands dengan sebuah jentera FRT memotong pokok dan turut dibantu oleh tiga anggota Fire Unit Genting.

“Komander operasi melaporkan keadaan hujan lebat dan jalan licin untuk ke lokasi kejadian menyukarkan operasi,” katanya.

FOTO: Ihsan BBP Genting Highlands

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dan kecederaan berlaku ketika kejadian.

“Kenderaan yang terbabit dalam insiden itu termasuk sebuah teksi, dua buah van dan kereta.

“Bahagian bumbung bangunan itu juga terjejas dihempap pokok,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini