Tumpuan :
Nasional

Lima kelas di SK Laka Selatan terbakar 

CHANGLUN: Lima kelas di Sekolah Kebangsaan (SK) Laka Selatan, di sini terbakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam, Penolong Penguasa Bomba Zulkifli Manaf berkata ketika kejadian, kelas yang terletak di tingkat tiga itu kosong kerana kesemua murid sudah pulang ke rumah masing-masing.

Jelasnya lagi kebakaran itu disedari pengawal sekolah yang kemudiannya membuat laporan kepada pasukan bomba.

Zulkifli berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 3.09 petang.

Anggota bomba memadam kebakaran membabitkan lima kelas di tingkat tiga SK Laka Selatan yang terbakar. FOTO: Ihsan Bomba

“Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 memaklumkan berlaku kebakaran di sebuah sekolah.

“PGO Kedah mengarahkan jentera, EMRS dan jentera tangki air ke lokasi kejadian selain bantuan enam anggota dari BBP Arau dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Changlun seramai empat anggota.

“Kebakaran membabitkan lima kelas di tingkat tiga bangunan sekolah terbabit kemudian merebak ke bahagian bumbung namun anggota Bomba berjaya pengawal api dari terus merebak pada jam 3.40 petang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zulkifli berkata, peratusan kebakaran itu dianggarkan sebanyak 70 peratus membabitkan lima kelas yang terbakar itu.

“Setakat ini punca dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini