Tumpuan :
Nasional

Lima cedera dalam nahas babit tiga kenderaan

Oleh: Fazli Ahmad

MUADZAM SHAH: Lima cedera dalam kemalangan membabitkan dua lori dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Kuantan-Segamat dekat Kampung Gadak, dekat sini, pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Mohamad Zamri Mohamad Zaber berkata, mangsa cedera dalam kemalangan kira-kira jam 11:30 pagi itu membabitkan dua pemandu, seorang kelindan serta dua penumpang kedua-dua lori.

Menurutnya, pemandu MPV terbabit dalam kemalangan itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku setelah lori dari arah Kuantan ke Segamat memasuki lorong kanan dan bertembung dengan sebuah lori dari bertentangan serta melanggar MPV di laluan kiri jalan.

“Lori terbabit dilaporkan secara tiba-tiba memasuki lorong bertantangan dan bertembung bahagian depan lori dari arah bertentangan dan merempuh bahagian kiri depan MPV dari arah Kuantan ke Segamat,” tambahnya.

Mohamad Zamri berkata, semua mangsa cedera dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk rawatan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut peraturan 10 kaedah-kaedah lalu lintas jalan 1959 (rule 10 LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini