Oleh Kumaran Rajamoney
LANGKAWI: Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23) di Pusat Pameran Antarabangsa Langkawi (MIEC).
Keberangkatan baginda disambut Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Baginda yang juga Kolonel Yang Di-Pertua Rejimen Askar Melayu Diraja kemudiannya meninjau reruai pameran dan seterusnya menyaksikan persembahan aeroangkasa.