comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Letusan Gunung Ruang: Tiada penutupan ruang udara, lapangan terbang setakat ini – CAAM

PUTRAJAYA: Tiada penutupan ruang udara atau lapangan terbang di negara ini setakat ini, susulan letusan semula Gunung Ruang di Indonesia sebanyak tiga kali semalam, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud.

Bagaimamapun beliau berkata ketinggian penerbangan telah dihadkan kepada 35,000 kaki memandangkan kepulan asap akibat letupan itu berada pada ketinggian antara 45,000 kaki ke 63,000 kaki dan penampan 10,000 kaki.

Gunung Ruang menyemburkan abu seperti yang dilihat dari Siau Tagulandang Biaro, Sulawesi Utara semalam. Foto REUTERS

“Sekatan tahap penerbangan ke tahap penerbangan (FL) 35,000 (kaki) dan ke bawah di kawasan poligon.”

“Tiada abu gunung berapi dilaporkan dan operasi keluar dan masuk dari Kuala Lumpur diteruskan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Norazman berkata CAAM memantau ketat situasi itu bagi memastikan keselamatan aktiviti penerbangan.

Terdahulu, juga pada hari ini syarikat penerbangan AirAsia membatalkan 21 penerbangan keluar dan masuk dari Kuching, Sibu dan Bintulu susulan letusan terbaharu Gunung Ruang.

Dilaporkan Gunung Ruang meletus tiga kali semalam dan memuntahkan lahar serta menghamburkan abu lebih lima kilometer ke udara.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini