PUTRAJAYA: Tiada penutupan ruang udara atau lapangan terbang di negara ini setakat ini, susulan letusan semula Gunung Ruang di Indonesia sebanyak tiga kali semalam, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud.
Bagaimamapun beliau berkata ketinggian penerbangan telah dihadkan kepada 35,000 kaki memandangkan kepulan asap akibat letupan itu berada pada ketinggian antara 45,000 kaki ke 63,000 kaki dan penampan 10,000 kaki.
“Sekatan tahap penerbangan ke tahap penerbangan (FL) 35,000 (kaki) dan ke bawah di kawasan poligon.”
“Tiada abu gunung berapi dilaporkan dan operasi keluar dan masuk dari Kuala Lumpur diteruskan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Norazman berkata CAAM memantau ketat situasi itu bagi memastikan keselamatan aktiviti penerbangan.
Terdahulu, juga pada hari ini syarikat penerbangan AirAsia membatalkan 21 penerbangan keluar dan masuk dari Kuching, Sibu dan Bintulu susulan letusan terbaharu Gunung Ruang.
Dilaporkan Gunung Ruang meletus tiga kali semalam dan memuntahkan lahar serta menghamburkan abu lebih lima kilometer ke udara.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Letusan Gunung Berapi Ruang tidak jejaskan IPU Sabah, Sarawak – KP JAS
- Letusan Gunung Ruang: Belum ada keperluan wajibkan pelitup muka – JKNS
- [VIDEO] Letusan Gunung Ruang: Ratusan penumpang terkandas di KKIA
- Status aktiviti letusan Gunung Ruang dinaikkan ke Tahap IV, waspada potensi tsunami
- Letusan Gunung Ruang: MAS, AirAsia batal penerbangan ke/dari Sabah, Sarawak
- Di mana lokasi Gunung Ruang? Kronologi letusan yang memaksa ratusan penduduk dipindahkan
- METMalaysia terus pantau perkembangan letusan Gunung Ruang
- 214 penebangan, 33,864 penumpang terjejas akibat letusan Gunung Ruang – MOT
- Letusan Gunung Ruang tak jejaskan kualiti udara Malaysia
- [VIDEO] Letusan Gunung Ruang: MAS, AirAsia batal penerbangan ke/dari Sabah, Sarawak
- [VIDEO] Gunung berapi Ruang di Indonesia meletus lagi, status amaran paling tinggi dikeluarkan