Oleh: Syafiqah Damanhuri
PUTRAJAYA: Semua rakyat Malaysia di kawasan Pulau Flores, Nusa Tenggara Timur, Indonesia dilaporkan selamat susulan kejadian letusan gunung berapi di Gunung Lewotobi Laki-Laki.
Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan letusan itu turut menghasilkan awan abu yang tebal hingga menyebabkan penutupan lapangan terbang di kawasan yang terjejas.
“Justeru, warga Malaysia yang berada di atau sedang melawat Indonesia dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mendapatkan maklumat terkini melalui pihak berkuasa tempatan serta sumber berita yang boleh dipercayai.
“Warga Malaysia yang belum mendaftar kehadiran mereka di Indonesia digalakkan untuk melakukannya melalui [E-Konsular] (https://ekonsular.kln.gov.my/) bagi memastikan bantuan dan maklumat terkini dapat diberikan dengan segera.
“Kedutaan Malaysia di Jakarta dengan alamat: Jl. H.R. Rasuna Said Kav.X/6, No. 1-3, Kuningan, Jakarta Selatan 12950, Republik Indonesia. Telefon: +62 21 522 4947 / +62 813 8081 3036, atau Emel: [email protected].” Menurut kenyataan itu.
Kementerian Luar akan terus memantau perkembangan situasi ini dan memberikan kemas kini sekiranya perlu.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.