Oleh: Fareez Azman
KLANG: Kerja-kerja pembersihan letupan kilang kimia di Sungai Kapar Indah di sini bermula pagi ini.
Ia selepas kawasan kejadian telah dibuka kira-kira jam 9.00 pagi tadi untuk memberi laluan kepada kontraktor pembersihan.
Ia dipercayai selepas pemantauan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) malam tadi mendapati bacaan tahap udara di sekitar kawasan kejadian kembali normal
Pemerhatian Buletin TV3 mendapati impak kejadian mengakibatkan struktur bangunan berkenaan rosak.
Manakala sebuah lori di dalam pekarangan kilang terbabit turut musnah, begitu juga beberapa kenderaan di parkir kawasan kejadian.
Cermin beberapa premis kilang berhampiran juga turut pecah akibat impak letupan itu.
Sementara itu, di lokasi ketika ini dapat dilihat pekerja kontraktor mula mengangkat sisa-sisa letupan di kawasan kejadian.
Begitu juga kenderaan yang rosak telah dialihkan untuk tindakan lanjut.
Isnin lalu, sebuah kilang kimia di kawasan perindustrian Sungai Kapar Indah, Klang, dilaporkan terbakar hingga mengakibatkan berlaku beberapa letupan.
Kejadian berlaku kira-kira jam 4.32 petang dipercayai berpunca daripada bahan kimia yang disimpan di kilang terbabit.
Akibat kejadian, 33 mangsa mengalami sesak nafas dan pedih mata dan telah menerima rawatan pesakit luar.
Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Letupan kilang kimia: Bau bahan kimia membimbangkan, pemantauan semasa dilakukan Bomba, PDRM
- [VIDEO] Letupan kilang kimia: Bunyi macam bom meletup – Saksi
- [VIDEO] Kebakaran kilang di Klang: Bacaan udara kembali normal
- [VIDEO] Kebakaran kilang di Klang: Polis, bomba kawal keselamatan lokasi
- Kebakaran kilang di Klang berpunca daripada bahan kimia – Polis
- Letupan kilang kimia bukan disebabkan kebakaran – Bomba