Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Letupan kilang kimia: Bunyi macam bom meletup – Saksi

Keadaan di kawasan perindustrian Sungai Kapar, Klang pagi ini.

Oleh: Fatin Hanani Sahimi

KLANG: “Bunyi macam bom meletop, bila saya pergi sana, semua dah hancur berkecai!”

Itu detik cemas diceritakan seorang pengawal keselamatan, A John, 60 yang bertugas di kawasan perindustrian Sungai Kapar di sini, dalam insiden letupan sebuah kilang kimia petang semalam.

Menurut John ketika kejadian kira-kira jam 4.23 petang, dia dikejutkan dengan bunyi letupan yang kuat dan terus bergegas ke lokasi.

Pengawal keselamatan, A John

“Apabila saya sampai disana, semua (dinding) terbuka sehinggakan pintu semua terbang, hancur,sampai dinding semua menghimpit ke semua kereta berhampiran.

“Ketika kejadian saya cuba untuk masuk ke dalam bagi memastikan sama ada masih ada mangsa di dalam, namun memang tidak boleh disebabkan asap terlalu dan beracun.

“Masa saya masuk memang mata saya pedih dan sakit tekak dan sehingga sekarang mata saya masih merah,” katanya.

Tambahnya, sepanjang empat tahun bertugas, ini merupakan kejadian pertama di kawasan tersebut.

“Saya takutlah sebab letupannya sangat dahsyat, jika teringat kembali memang takut dengan baunya yang busuk,” ujarnya

Dalam pada itu, pemerhatian Buletin TV3 sejak 8 pagi tadi mendapati, kawasan berkenaan masih dikawal oleh anggota polis.

Turut sama, anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Klang Utara, Forensik Bomba Selangor, skuad PANTAS dari Majlis Bandaraya Diraja Klang serta Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Difahamkan hari ini, pihak kontraktor akan melaksanakan pembersihan di kawasan tersebut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini