Tumpuan :
Nasional

Letupan kilang kimia bukan disebabkan kebakaran – Bomba

Foto tular

Oleh: Fatin Hanani sahimi

KLANG: Siasatan awal unit forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor mendapati kejadian letupan kilang kimia di kawasan perindustrian Sungai Kapar Indah semalam, bukan disebabkan kebakaran.

Menurut Penguasa Kanan Bomba 2 Forensik Kabakaran JBPM Selangor, Mazwan Kamisan, tiada kebakaran yang berlaku secara langsung ketika insiden berkenaan.

“Siasatan awal mendapati ia hanya berlaku letupan dan impak daripada letupan tersebut telah memusnahkan sebahagian besar struktur premis, kilang dan kawasan sekitar termasuk kenderaan-kenderaan yang berada di hadapan kilang,” katanya.

Penguasa Kanan Bomba II Forensik Kabakaran JBPM Selangor, Mazwan Kamisan (tengah) ketika tinjauan di lokasi hari ini.

Sementara itu, siasatan turut dilakukan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Siasatan menyeluruh sedang dijalankan dengan kerjasama pemilik bangunan juga,” ujarnya.

Mengulas mengenai situasi semasa di kawasan itu, jelasnya masih terdapat kesan persekitaran yang membimbangkan di lokasi kejadian.

“Kita masih berasa pedih mata kerana bau yang kurang menyenangkan apabila memasuki kawasan ini.

“Ini sekali gus berisiko dan mungkin memberi kemudaratan kepada orang awam yang berada berdekatan dengan lokasi kejadian,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini