comscore
Tumpuan :
Nasional

Letupan kecil di menara Pertubuhan Peladang

Oleh: Ridhwan Rusydi Azri Roslan

PETALING JAYA: Kakitangan di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang di ibu negara, hari ini digemparkan dengan kejadian letupan kecil.

Komander Operasi PBK II Rusdi Ismail dalam satu kenyataan berkata, kebakaran kabel bawah tanah punca letupan kecil berkenaan.

Jelasnya, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan jam 2 petang berhubung insiden itu.

Sebanyak satu unit jentera FRT, satu unit EMRS dengan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) SENTUL
dikerahkan ke lokasi.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian pada jam 2.09 petang, kami menerima aduan dari orang awam yang terdapat letupan di dalam bilik elektrik (LV).

“Hasil pemeriksaan anggota bomba bersama Chargeman bangunan,  letupan itu berpunca daripada kebakaran kabel di bawah tanah dengan keluasan kebakaran 2×2 kaki persegi,” katanya.

Sementara itu Sinar Harian melaporkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu turut berada di lokasi kejadian kerana beliau sepatutnya menyertai sesi libat urus bersama media dijadualkan jam 2.30 petang tadi.

 

Menurut bomba, kebakaran tidak melibatkan struktur bangunan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Loading...
Terkini