comscore
Tumpuan :
Nasional

Letupan di Lubnan: Tiada rakyat Malaysia terlibat – Wisma Putra

Bangunan Wisma Putra, Kementerian Luar Negeri.- Foto hiasan

Oleh: Fareez Azman

LUBNAN: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan cedera mahupun terkesan dalam insiden letupan di Lubnan pada Selasa lalu.

Perkara itu dimaklumkan Wisma Putra dalam satu kenyataan media malam tadi.

“Kementerian Luar sedang memantau situasi di Lubnan susulan insiden letupan alat kelui di beberapa lokasi di negara itu.

“Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkesan atau terlibat dalam insiden,” jelas Wisma Putra.

Rakyat Malaysia di Lubnan dinasihatkan agar berhati-hati dan mengelakkan perjalanan ke bahagian Selatan Lubnan dan sentiasa mendapatkan makluamt terkini daripada sumber berita sahih.

Rakyat Malaysia di Lubnan yang belum mendaftar dengan Kedutaan dinasihatkan untuk berbuat demikian menerusi laman sesawang berikut: https://ekonsular.kln.gov.my/

Setakat ini, seramai 12 orang maut, manakala hampir 3,000 lagi cedera dalam kejadian pada petang Selasa itu.

Manakala 200 lagi mangsa, berada dalam keadaan kritikal.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini