comscore
Tumpuan :
Nasional

Letak kereta di kawasan Kuantan Art Street, 10 pemilik kenderaan kena kompaun

KUANTAN: Semata-mata hendak senang meletakkan kenderaan, 10 pemilik kereta dikompaun kerana meletakkan kenderaan mereka di Kuantan Art Street.

Tindakan mengenakan kompaun itu kerana kawasan berkenaan adalah kawasan larangan.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Norkamawati Kamal, berkata kesalahan yang dilakukan pemilik kenderaan terbabit mengikut Seksyen 46 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“Berdasarkan siasatan, sekumpulan ‘geng berkereta’ dilihat meletakkan kenderaan di kawasan Kuantan Art Street pada jam 3 pagi, 2 Julai lalu.

“Hasil daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kita berjaya mengenal pasti nomborpendaftaran kenderaan itu.

“Oleh itu tindakan penguatkuasaan diambil ke atas pemilik kereta terbabit yang turut bertindakmengalihkan penghadang jalan yang diletakkan di Kuantan Art Street,” katanya.

Dalam kes terbabit, Norkamawati berkata, pihaknya kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pemilik kereta terbabit.Katanya, sebagai lokasi kunjungan ramai, tidak sepatutnya kawasan itu dijadikan tempat untuk berkumpul.

“Oleh itu, kami menasihati orang ramai supaya mematuhi arahan dan tidak sesekali melakukan kesalahan jika tidak mahu dikenakan tindakan,” katanya.

Loading...
Terkini