comscore
Tumpuan :
Nasional

Lepasan SPM: MCA sambut baik keputusan PM, tumpu pelaksanaan elak calon layak tercicir

Foto fail NSTP

Oleh: Hilmi Abdul Malik 

PETALING JAYA: MCA menyambut baik keputusan Perdana Menteri berhubung peluang melanjutkan pengajian bagi lepasan SPM tanpa mengambil kira soal agama dan bangsa.

Presidennya, Datuk Seri Wee Ka Siong bagaimanapun berkata, kerajaan kini perlu menumpukan soal pelaksanaan bagi memastikan calon yang benar-benar layak tidak tercicir.

“Kita akan tengok dari segi pelaksanaan kerana kita tahu sebahagian tawaran telah diberikan kepada pelajar jadi perlu ada data berapa ramai (pelajar) yang sudah terima tawaran dan juga sebaliknya.

“Ada pelbagai laluan kerjaya dan laluan itu jadi kita kena lihat secara menyeluruh kerana sudah ada tawaran fasa pertama dan pelajar sedia ada jadi kalau untuk pelaksanaan dasar, berapa yang akan terlibat dan bagaimana mereka dihantar ke kolej matrikulasi,” katanya ketika dihubungi Buletin TV3 hari ini.

Terdahulu, kerajaan memberi jaminan bahawa semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh keputusan cemerlang 10A dan ke atas serta memohon melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, akan mendapat tempat tanpa mengira kaum atau latar belakang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menjelaskan, keputusan itu bagaimanapun tidak akan menjejaskan kuota sedia ada untuk pelajar Bumiputera dalam Program Matrikulasi di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini