PETALING JAYA: Lencongan sementara di laluan Lebuhraya Shah Alam (LSA) secara berperingkat bermula dari kilometer (KM) 23.0 sehingga KM 23.5 akan dilakukan hari ini.
Lencongan bermula pada jam 10 malam sehingga jam 5 pagi itu bertujuan membolehkan kerja-kerja pelancaran rasuk jambatan.
West Coast Expressway Sdn Bhd (WCE) dalam kenyataan berkata, kerja pelancaran rasuk jambatan merentasi Lebuhraya Shah Alam (LSA) itu bagi membolehkan projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (Taiping-Banting) dijalankan.
“Pengguna dinasihatkan memandu berhati-hati dan mematuhi arahan papan tanda dan petugas trafik sepanjang tempoh pelaksanaan ini,” katanya.