Tumpuan :
Nasional

Lembu Sado Lebih Satu Tan Dapat Permintaan Tinggi

Baka hibrid atau lembu ‘sado’ jenis Charolais dan Limousine antara lembu paling mahal di pasaran tempatan sehingga ramai penternak sanggup mengeluarkan modal besar bagi memperoleh baka 

Terbaik untuk dipelihara. 

Ia kerana hasil penjualan induk atau baka yang berkualiti tinggi mampu membawa pulangan berganda kepada penternak.

Saiz dan berat lembu mencecah sehingga satu tan atau 1,000 kilogram sudah cukup untuk menjadikan haiwan ternakan ini menarik perhatian ramai selain memberikan keuntungan berlipat kali ganda kepada pemiliknya.

Lembu ini mampu menghasilkan otot berganda dihasil daripada campuran baka terpilih.

Kelantan merupakan negeri paling ramai penternak lembu hibrid berskala kecil, diikuti Terengganu, Johor, Perak, Selangor dan Kedah.

Meskipun mampu mencatatkan berat yang lebih jika dipelihara lebih lama, risiko mendapat penyakit juga tinggi sekali gus berpotensi merugikan penternak.

Sebagai salah satu mempromosikan haiwan itu, pertandingan lembu sado diadakan antaranya yang berlangsung di Pekan Jabi, Besut, Terengganu.

Selain menggalakkan golongan muda untuk menjana pendapatan lumayan penternakan dan meningkatkan industri penternakan negara, ia juga dilihat medium pembeli untuk mencari lembu korban sempena Aidiladha.

Bagi penternak lembu sado dari Jerantut, Pahang, Nazmi Ismail, 20 tahun, dia sanggup menjual lembunya dengan harga RM26,000.

Rekod jualan tertinggi lembu ‘sado’ baka Limosin pernah dijual pada harga RM42,500 seekor di Kelantan, manakala baka lembu Charolais yang dijual di Terengganu berharga RM25,000.

Loading...
Terkini