Oleh: Syafiqah Damanhuri
PUTRAJAYA: Lembaga Pengampunan tidak akan mendedahkan minit mesyuarat berhubung Titah Adendum.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Zaliha Mustafa yang juga Ahli Lembaga Pengampunan berkata perkara itu adalah hak badan berkenaan dan sulit.
“Minit mesyuarat adalah sulit. Kita tidak boleh dedahkan secara terbuka.
“Jadi itu hanya hak Lembaga Pengampunan. Minit mesyuarat tidak akan didedahkan,” katanya ketika ditemui media selepas hadir ke Majlis Pelancaran Kiosk Sentuhan Madani.
Semalam, Pengerusi Biro Antarabangsa PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin, menyarankan kerajaan mendedahkan butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan kepada umum bagi menghentikan spekulasi berhubung kewujudan Titah Adendum.
Shamsul Iskandar dilaporkan berkata, ia bagi memberi penjelasan sebenar mengenai titah tambahan dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.