comscore
Tumpuan :
Nasional

Hilang di pantai Batu Layar, seorang mangsa ditemui lemas

Oleh: Zahir Senapiah

BANDAR PENAWAR: Seorang daripada dua mangsa yang dilaporkan hilang ketika mandi di pantai Batu Layar dekat sini ditemui lemas, petang tadi.

Mangsa yang dikenal pasti sebagai Muhammad Syahmie Zamzam, 26 tahun ditemui jam 3.19 petang oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira 100 meter dari lokasi dilaporkan hilang.

Foto: JBPM

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, usaha mencari rakan mangsa dikenali sebagai Haqim Abdul Rahim Lee, 20 masih diteruskan.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi tadi dua mangsa dipercayai dihanyut arus deras ketika mandi kira-kira lima kilometer dari persisiran pantai.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk tindakan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini