comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Lemas di Pantai Batu Layar: 1 lagi mayat ditemui


BANDAR PENAWAR: Mayat seorang lagi mangsa lemas ketika mandi-manda di pantai Batu layar, dekat sini pagi semalam, ditemui pagi tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, mayat ditemui pasukan mencari dan penyelamat, tersangkut di celah batu, kira-kira seribu meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang, kira-kira jam 7.45 pagi tadi.

Katanya, mangsa dikenalpasti sebagai Haqim Abdul Rahim Lee, 20.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk proses bedah siasat.

Semalam, pasukan mencari dan menyelamat berjaya menemui mayat rakan mangsa kira-kira jam 3.19 petang yang turut lemas ketika mandi di pantai berkenaan.

Mayatnya ditemui kira-kira 100 meter dari lokasi beliau dilaporkan hilang.

Dua sahabat baik itu hilang ketika mandi-manda kira-kira 5 kilometer di pesisir pantai jam 9.30 pagi Ahad, sebelum hilang dipercayai dihanyutkan arus deras.

Susulan itu gerakan mencari dan menyelamat membabitkan pelbagai agensi diaktifkan.

Polis mengklasifikasi kes sebagai orang hilang dan mati mengejut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini