Tumpuan :
Gaya Hidup

‘Lemang tong drum’ jadi tumpuan

Oleh: Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU: Pelbagai inovasi dilakukan bagi membolehkan makanan tradisi seperti lemang dibakar dan masak dalam waktu yang lebih singkat berbanding 7 hingga 8 jam jika mengikut kaedah tradisional.

Justeru seorang peniaga memperkenalkan satu inovasi kaedah membakar lemang dalam tong drum.

Menurut Mohd Danish Mustaqim, bapanya adalah penjual lemang setiap kali sambutan Aidilfitri.

Bagaimanapun bapanya mengunakan kaedah tradisional iaitu membakar lemang menggunakan kayu api.

Kebiasaanya masa yang diambil bagi membakar lemang adalah antara 7 hingga 8 jam sebelum dapat dijual kepada orang ramai.

Justeru beliau mendapat idea bagi memperkenalkan satu inovasi baru iaitu membakar lemang dalam tong drum.

Apa yang menarik, masa yang diambil bagi membakar lemang berkenaan hanya mengambil masa 90 minit.

Hasil percubaan yang dilakukan amat memuaskan.

Lemang bukan saja lembut dan lemak malah apinya dapat dikawal sekaligus dapat mengelak lemang daripada hangus.

“Satu lagi, kaedah bakar dalam tong drum ini amat mesra alam kerana asap tidak banyak” katanya.

Menerusi inovasi baharu ini satu tong drum dapat membakar hingga 15 hingga 20 batang lemang pada satu-satu masa.

Tahun ini beliau menggunakan lapan tong drum bagi membakar lemang yang turut mendapat permintaan daripada warga Singapura.

Salah seorang pelanggannya dikenali sebagai Mohd Nasir Hasan berkata, sebagai pengemar lemang beliau mahu mencuba lemang yang dibakar dalam tong drum.

“Selepas mencuba saya dapat rasanya keenakan tetap sama” katanya.

Meskipun hari ini sudah masuk hari keempat Aidilfitri,  lemang tong drum terus mendapat permintaan dan ia akan terus dibakar hingga hari ketujuh Aidilfitri.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini