comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki warga Korea maut dilanggar ketika melintas jalan

Lelaki warga Korea maut selepas dilanggar kereta ketika melintas jalan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini. Foto Ihsan PDRM

PETALING JAYA: Lelaki warga Korea maut selepas dilanggar kereta ketika melintas jalan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pada jam 11.48 pagi, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerima laporan polis berkaitan kemalangan membabitkan pejalan kaki dengan sebuah kereta Toyota Harrier.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa seorang lelaki warganegara Korea yang sedang melintas jalan dari arah terminal untuk ke tempat letak kenderaan dilanggar kereta itu.

Menurutnya, akibat kejadian itu mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan maut di lokasi kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Kepada sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian, mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Hafeez Faesal A Azizdi talian 011-32311232 bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihak polis ingin mengingatkan serta memohon semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan.

“Pihak polis tidak akan berkompromi kepada mana-mana pemandu yang memandu secara merbahaya dan akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini