Oleh: Ing Boon Seng
PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangkap seorang lelaki warga Israel yang masuk ke negara ini menggunakan pasport negara Perancis dan merampas 6 pucuk senjata api serta 200 butir peluru di ibu negara Rabu lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata suspek mendakwa datang ke negara ini untuk mencari seorang individu yang juga warga Israel untuk dibunuh.
Dalam satu sidang media di Cheras, ibu negara petang ini, Tan Sri Razarudin berkata suspek ditangkap di sebuah hotel di Jalan Ampang, ibu negara.
Pemeriksaan mendapati suspek berusia 36 tahun itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan penerbangan dari Emiriah Arab Bersatu, UAE pada 12 Mac lalu.
Suspek turut menyerahkan satu pasport Israel miliknya kepada polis.
Siasatan awal mendapati suspek membuat pesanan senjata api berkenaan selepas tiba di negara ini dan membuat pembayaran memggunakan matawang kripto.
Polis percaya suspek berhubung dengan rakannya yang juga warga Israel di negara ini.
Tegas Tan Sri Razarudin, pihaknya juga khuatir dengan keselamatan Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan kenamaan yang lai susulan konflik yang berlarutan di Gaza serta kaitannya dengan tangkapan suspek berkenaan.
Siasatan katanya dilakukan merangkumi segala aspek termasuk motif sebenar suspek masuk ke negara ini dan mempunyai agenda lain.
Suspek kini direman sehingga 31 Mac dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Pasport dan Seksyen 7 Akta Senjata Api (penalti lebih berat).
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- [VIDEO] Penahanan lelaki disyaki ejen perisikan Israel: Polis tingkat keselamatan Agong
- [VIDEO] Lelaki warga Israel ditahan bersama 6 pucuk senjata api, 200 peluru
- Suami isteri mengaku beli senjata api di Thailand, jual kepada warga Israel
- Pasangan suami isteri ditahan, disyaki bekal senjata kepada warga Israel