comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki warga emas maut, isteri dan cucu cedera bertembung kereta

Oleh: Selwam Arjunan

POKOK SENA: Seorang lelaki warga emas maut, manakala isteri dan cucu perempuannya cedera selepas motosikal dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Kuala Nerang, di sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pokok Sena, Pegawai Bomba Tinggi II, Bakar Saad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.16 pagi dan jentera pertama tiba di lokasi empat minit kemudian.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta Nissan Almera dengan sebuah motosikal Yamaha Ego.

“Maklumat yang diperolehi mendapati empat mangsa, kesemuanya tidak tersepit.

“Seorang lelaki berusia 79 tahun maut di tempat kejadian. Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, isterinya berusia 67 tahun dan cucu perempuan, 3, mengalami cedera ringan dan dihantar ke hospital untuk rawatan.

Manakala pemandu kereta berusia 28 tahun tidak mengalami kecederaan.

Punca kemalangan masih dalam siasatan.

Loading...
Terkini