Tumpuan :
Nasional

Lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah terkunci

Foto: Ihsan Bomba

ALOR SETAR: Seorang lelaki warga emas berusia 69 tahun ditemukan meninggal dunia dalam sebuah rumah di Taman Serindit, Jalan Langgar, di sini hari ini.

Warga emas itu dikeluarkan dengan bantuan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar di rumah yang terkunci dari dalam.

Ketua BBP Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan khidmat khas mangsa terkunci dari dalam pada jam 4.04 petang.

Beliau berkata, sepasukan anggotanya dari BBP Alor Setar yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Ahmad Nozlan Zakaria tiba di lokasi bersama sembilan anggota.

“Setibanya di lokasi mendapati, terdapat seorang mangsa iaitu warga emas terkunci dari dalam rumahnya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Tindakan operasi dilakukan dengan menggunakan peralatan khas dan anggota bomba berjaya membuka pintu rumah berkenaan.

“Bagaimanapun dia disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mangsa warga emas itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Naufal berkata, operasi tamat pada jam 5.54 petang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini