Tumpuan :
Nasional

Lelaki terjatuh dalam Sungai Kedah dari jambatan

Bomba berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.13 tengah hari. – FOTO: Ihsan Bomba

Oleh: Selwam Arjunan

ALOR SETAR: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Kedah dari Jambatan Jalan Raja, di sini, tengah hari tadi.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba 1, Ahmad Aminuddin Abd Rahim, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.13 tengah hari.

Jentera bomba pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja tiba di lokasi dua minit kemudian.

“Setibanya di lokasi, dimaklumkan seorang lelaki berumur 45 tahun terjatuh ke dalam sungai dari Jambatan Jalan Raja. Anggota menjalankan ‘surface searching’ di sekitar lokasi kejadian.

“Pos Kawalan Bomba Sungai Raja diaktifkan pada jam 1.54 petang bagi operasi carilamat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menambah, operasi turut melibatkan anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Jitra dan dibantu BBP Sungai Petani.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini