comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki sudah lima hari hilang selepas cari buah di hutan

FOTO: JBPM Sabah

Oleh: Safwan Sawi

SIPITANG: Seorang lelaki berusia 33 tahun dikhuatiri hilang selepas tidak pulang ke rumah di Kampung Lubok Darat, di sini, sejak lima hari lalu.

Mangsa dikenali Lahanirsin Lahamino dikatakan keluar ke hutan untuk mencari buah tetapi tidak kembali ke rumah sehingga hari ini.

FOTO: JBPM Sabah

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 1 tengah hari, semalam.

Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sipitang bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian.

FOTO: JBPM Sabah

“Pasukan bomba kemudian bertindak mendapatkan maklumat mangsa dan seterusnya memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sekitar kawasan kampung,” kata kenyataan itu hari ini.

Operasi SAR ditangguh dan disambungkan 9.05 pagi tadi yang masuk hari kedua hari ini.

FOTO: JBPM Sabah

Operasi SAR turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung.

Loading...
Terkini