comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki rentung dalam kebakaran rumah

Oleh: Selwam Arjunan

BUTTERWORTH: Seorang lelaki rentung dalam kebakaran rumah di Jalan Assumption, di sini, pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.28 pagi dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth tiba di lokasi.

“Apabila tiba di tempat kejadian, didapati benar terdapat kebakaran satu unit rumah kelas B berkeluasan 40×50 kps.

“Kebakaran berlaku di bilik tidur. Komander operasi melaporkan terdapat satu orang mangsa dan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang turut berada di lokasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini