comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki rentung dalam kebakaran babitkan 6 rumah

 

Seorang lelaki rentung dalam kebakaran yang membabitkan enam buah rumah di Kampung Tepian Bakau, Semporna.- Foto: JBPM Sabah

Oleh: Safwan Sawi

SEMPORNA: Seorang lelaki rentung dalam kebakaran yang membabitkan enam buah rumah di Kampung Tepian Bakau, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa yang belum dikenalpasti identitinya ditemui pasukan bomba selepas kebakaran dipadamkan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.02 pagi.

Jelasnya, sepasukan anggota bersama jentera kemudian bergegas ke lokasi untuk menjalankan operasi mengawal dan memadam kebakaran.

“Komander Operasi melaporkan kebakaran membabitkan enam buah rumah jenis tidak kekal yang terbakar 100 peratus.

“Operasi pemadaman dengan menggunakan sumber air jentera dan air terbuka kemudian dilakukan seterusnya api berjaya dikawal pada jam 9.45 pagi.

“Terdapat seorang mangsa dilaporkan ditemui rentung pada jam 11.16 pagi oleh pasukan bomba,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, operasi ‘overhaul’ kini sedang dijalankan dan maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Loading...
Terkini