Tumpuan :
Nasional

Lelaki patah tulang pinggul, terjatuh di KM4 Gunung Kinabalu

FOTO: JBPM

RANAU: Seorang lelaki patah tulang pinggul selepas terjatuh dari bumbung bangunan yang sedang dalam pembinaan di tapak pembinaan di Kilometer (KM) 4, Gunung Kinabalu.

Mangsa yang merupakan buruh binaan terjatuh dalam keadaan terduduk dari ketinggian 12 meter.

Mangsa dibawa turun ke Timpohon Gate oleh MOSAR bersama Malim Gunung dan TTS untuk dihantar ke hospital. – FOTO: JBPM

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerusi satu kenyataan berkata Pasukan Bantuan Mencari dan Menyelamat Gunung (MOSAR) bersama Malim Gunung dan Taman-Taman Sabah (TTS) digerakkan ke lokasi kejadian di tapak pembinaan KM 4, Gunung Kinabalu.

FOTO: JBPM

“Tindakan memasang cervial coller dan papan lapis di belakang punggung mangsa sebelum dibawa turun ke Timpohon Gate menggunakan Robertson Strecher,” katanya.

Mangsa dihantar ke Hospital Ranau bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Loading...
Terkini