MARANG: Seorang lelaki merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) maut dalam kemalangan di Kampung Bukit Damai, Jalan Rawai Padang limau Nipis, Bukit Payong, di sini.
Kemalangan membabitkan dua buah motosikal itu turut menyebabkan dua lagi mangsa cedera termasuk kanak-kanak berusia empat tahun.
Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Deris ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Menurutnya, mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Azman Mat Salleh, berusia 43 tahun.
Mohamad Zulkifli Suparman, 32 tahun pula dilaporkan patah tangan dan kaki sebelah kiri.
Anaknya, Nur Ameena Sofia yang berusia empat tahun kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)
Kejadian berlaku jam 9.45 malam tadi apabila motosikal yang ditunggang Mohd Azman bertembung dengan motosikal Mohd Zulkifli dari arah bertentangan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.