comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki OKU maut dalam kebakaran di kedai motosikal

Foto: Ihsan JBPM

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) maut selepas terperangkap dalam kebakaran di sebuah kedai motosikal di Taman Sri Utama, Gurun pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I, Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin berkata, mayat mangsa yang berusia 34 tahun ditemui di dalam tandas premis berkenaan.

Foto: Ihsan JBPM

“Bomba menerima panggilan kecemasan menerusi talian 999 pada 4.40 pagi. 16 pegawai serta anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak dan BBP Yan digegaskan ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan, mangsa adalah anak pemilik kedai motosikal terbabit.

Kedai satu tingkat itu musnah lebih 90 peratus dan api berjaya dikawal pada jam 5.17 pagi.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini