comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki nyaris maut dalam kebakaran lima rumah

Oleh: Selwam Arjunan

ALOR SETAR: Lima rumah hangus serta sebuah kereta turut musnah dalam kebakaran di Jalan Kundor, di sini, petang tadi.

Seorang mangsa lelaki turut mengalami sesak nafas setelah terperangkap dalam kebakaran, namun dapat diselamatkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Penolong Penguasa Bomba, Wan Azizul Hakim Wan Jaafar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.03 petang dan jentera pertama tiba di lokasi 8 minit kemudian.

Katanya, pemeriksaan mendapati kebakaran membabitkan 5 buah rumah separa kekal dan sebuah kereta Proton Wira.

“Anggaran kemusnahan akibat kebakaran bagi rumah pertama sebanyak 40 peratus, bagi rumah kedua dan ketiga ialah hampir 90 peratus, manakala rumah keempat dan kelima dianggarkan hampir 60 peratus. Kereta terbakar dengan anggaran 70 peratus.

“Terdapat seorang mangsa yang dilaporkan mengalami masalah sesak nafas dan dibawa oleh ambulans ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan.

Api dapat dikawal pada jam 3.02 minit petang, bagaimanapun operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.35 petang.

Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini