Tumpuan :
Mahkamah

Lelaki nafi pukul isteri dengan kayu golf, baton besi

MELAKA: Seorang  tukang kemas inap desa  dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini,  atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah kepada isterinya, 28, dengan menggunakan sebatang golf, sebatang baton besi dan sebatang kayu buluh.

Tertuduh, Azwan Azman,32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah  di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Seri Emas 3, Taman Seri Telok Mas, di sini, pada jam 3.30 pagi, 19 Jun lalu.

Dakwaan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama 326A yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, N Sivashangari membantah jaminan diberikan mengambil kira kecederaan parah yang dialami mangsa.

Tertuduh, bapa kepada dua anak yang diwakili peguam Muhammad Syah Azlan Abdullah, bagaimanapun memohon jaminan rendah  kerana ibu tertuduh hanya membawa wang jaminan sebanyak RM4,000.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin beserta syarat perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan tidak menganggu mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 1 Ogos depan sebagai  sebutan semula kes dan serahan dokumen

Loading...
Terkini