comscore
Tumpuan :
Nasional

Lelaki miliki pistol mainan ditahan, buat onar di jalan raya

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki yang menunggang motosikal dengan mengacu pistol sehingga mencetus panik kepada pengguna jalan raya lain ditahan.

Kejadian berlaku di Bulatan Ladang, Kuala Terengganu, pagi tadi.

Hasil risikan, polis berjaya menahan suspek.

Suspek, berusia 26 tahun, berasal dari Ranau, Sabah ditahan Polis Daerah Kuala (IPD) Kuala Terengganu, jam 1.30 petang tadi.

Polis turut merampas sepucuk pistol mainan berwarna hitam dan motosikal jenis Honda C70.

Hasil ujian air kencing ke atas suspek juga mendapati positif dadah jenis Methamphetamine.

Suspek memberitahu polis, pistol yang dirampas itu ditemui di dalam tong sampah berhampiran bulatan ladang.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner, Azli Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen  36(1) Akta Senjata Api 1960.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini