Tumpuan :
Nasional

Lelaki menyamar polis, ditahan 

Foto : NSTP

KENINGAU: Lelaki berpakaian preman menyamar sebagai anggota polis ditahan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau.

Suspek warga tempatan berusia 22 tahun ditahan jam 2 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim berkata, ketika ditahan suspek menggunakan pakaian preman dan vest warna hijau tertera tulisan ‘polis’.

“Ketika diminta untuk menunjukkan identiti polis dan MyKad bagi tujuan pemeriksaan dan pengesahan, suspek gagal kemukakan kepada polis.

“Suspek kemudian dibawa ke IPD Keningau untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Menurutnya, pasukan polis turut membuat rampasan beberapa barangan lain serta motosikal yang ditunggang suspek.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam,” katanya.

Loading...
Terkini